Terima kasih kerana mengunjungi Darul Riyadh.Sekiranya terdapat kekurangan dari blog kami harap maaf...jgn lupa komen n follow tau.

Thursday 8 November 2012

Bolehkah Kita Menerima Darah Daripada Orang Bukan Islam..?

Sejak dari dahulu lagi, pihak kerajaan terutamanya pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan kempen derma darah di seluruh negara. Saranan derma darah ini disambut baik oleh rakyat Malaysia.Amalan menderma darah ini juga mempunyai pelbagai ganjaran yang ditawarkan oleh pihak kementerian. Tetapi timbul pula persoalan, bolehkah umat Islam menerima darah yang diberi oleh orang non muslim? Ikuti soal jawab di bawah ini.



soalan :

Saya pernah melihat seorang lelaki Islam menerima darah daripada penderma yang bukan Islam. Jadi, apakah hukumnya apabila darah daripada orang bukan Islam mengalir ke dalam tubuh orang Islam? Mohon pendapat Ustaz.

jawapan :

Harus hukumnya bagi orang Islam menerima darah daripada orang bukan Islam. Ada yang berpendapat tidak boleh kerana salah faham ke atas ayat berikut: Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis. [al-Taubah 9:28] Maksud najis dalam ayat ini merujuk kepada aqidah atau agama orang-orang musyrik, dan bukannya keadaan fizikal mahu pun darah mereka. Oleh itu kita tidak perlu membasuh tangan apabila bersalaman dengan mereka dan boleh menerima darah mereka.



Menyentuh berkenaan menderma darah, hendaklah umat Islam maju ke hadapan dalam amal shalih ini. Menderma darah dapat membantu menyelamatkan banyak orang. Apa jua agamanya, membantu menyelamatkan seorang manusia merupakan amal shalih yang besar ganjarannya, sehingga diumpamakan oleh Allah sebagai: Sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. [al-Maidah 5:32]


Oleh itu tenyatalah darah dari not muslim boleh mengalir dalam badan kita....

No comments:

Post a Comment