Terima kasih kerana mengunjungi Darul Riyadh.Sekiranya terdapat kekurangan dari blog kami harap maaf...jgn lupa komen n follow tau.

Thursday 8 November 2012

'BARBAROSSA' bukan nama biasa


    KHAIRUDDIN BARBAROSSA 
                                                                         

Beliau adalah seorang panglima
armada laut Islam yang terkenal pada abad ke-16. Nama beliau begitu digeruni musuh terutamanya pemerintah-pemerintah Kristian yang berusaha menghancurkan kekuatan umat Islam. Beliau dikenali sebagai Khairuddin Si Janggut Merah (barbarossa), bahkan digelar juga sebagai lanun.

    Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Pulau Lesbos, yang terletak di dalam wilayah kekuasaan Turki. Menurut beberapa catatan sejarah, ayahnya seorang bekas tentera yang pernah berjuang di bawah Sultan Muhammad Al-Fateh. Beliau ada 4 orang adik beradik lelaki iaitu Ishak, Aruj, Khairuddin dan Ilyas. 
           
    Ketakutan tentera laut dari negara Eropah terhadap Khairuddin turut dipaparkan dalam filem terkenal 'Pirates of The Carribean' sebagai contoh jelas memaparkan watak seorang ketua lanun berjanggut merah, yang menguasai Laut Tengah. Beliau digambarkan sebagai seorang ketua lanun yang kejam. Tidak langsung dipaparkan watak sebenar Khairuddin sebagai seorang panglima laut Islam yang berjuang menentang kezaliman angkatan perang Kristian.

  
Ketika negara-negara Eropah yang beragama Kristian bangkit melancarkan siri-siri Perang Salib yang baru, mereka menghalau umat Islam di Sepanyol dan menyerang negara Islam di Afrika Utara. Ketika inilah Khairuddin dan abangnya, Aruj tampil membantu dan dikenali sebagai Barbarossa Bersaudara.  
                                                                                                             


No comments:

Post a Comment