Terima kasih kerana mengunjungi Darul Riyadh.Sekiranya terdapat kekurangan dari blog kami harap maaf...jgn lupa komen n follow tau.

Sunday 28 April 2013

Karya Sheikh Muhammad Idris Rauf Al-Marbawi


Ulamak besar yang tidak asing lagi bagi pelajar-pelajar agama yang sagat terkenal dengan karya beliau..Beliau sagat terkenal dengan karya kamus marbawi sehingga setakat ini masih diguna oleh pelajar-plajar untuk rujukan.Beliau ialah Sheikh Muhammad Idris Abdur Rauf al-Marbawi yang berasal dari kampong merbau,PerakDilahirkan pada tahun 1893 M di Mekah, dan tarikh kembalinya beliau ke rahmatullah  pada 10 Oktober 1989, dimakamkan di Kampung Lubuk Merbau, Perak pada usia 96 tahun.Dan telah diketahui ramai Tok Kenali kelantan antara Guru Sheikh Idris al-Marbawi..

Beliau juga ialah murid yang paling dipercayai oleh Sheikh Ahmad al-Fathani, sehinggakan tiada satu rahsia perjuangan Sheikh Ahmad al-Fathani yang tidak diketahui oleh beliau.


karya-karya Rauf Al-Marbawi

1-Qamus idris al-marbawi

 Qamus Idris al-Marbawi adalah judul sebenar dalam persuratan. Dalam percakapan umum dinamakan kamus Marbawi. Kamus ini bukan kamus Arab-Melayu yang pertama ditulis. Terdapat kamus lain ditulis sekitar tahun berhampirannya. Namun, kamus ini mendapat tempat tersendiri dalam bidang perkamusan.Paling luas penyebarannya sehigga seluruh dunia menerima qamus ini.seperti pelajar melayu di mesir,mekkah,jordan dan sebagainya

2-Bahrul Mazi

Karya Syeikh Idris al-Marbawi yang berupa hadis yang terkenal ialah Bahrul Mazi, judul lengkapnya Bahrul Mazi li Syarh Mutkhtasar Sahihit Tarmizi. Ia merupakan terjemahan kitab Sahih Tarmizi dan disyarah oleh beliau.

Terjemahan Sahih Tarmizi secara lengkap ini adalah merupakan yang pertama sekali dilaksanakan dalam bahasa Melayu.

Bahrul Mazi adalah karya besar yang terdiri daripada 22 jilid yang sudah diterbitkan.


3-Surah Yasin

KITAB Tafsir Surah Yasin karangan Imam Asy-Syaukani terjemahan bahasa Melayu oleh Sheikh Al-Marbawi atas permintaan percetakan Musthafa Al-Baby Al-Halabi Mesir tahun 1353H.





Friday 22 February 2013

Ulamak Jordan

Senarai ulamak-ulamak jordan ini sebagai pengatahuan bagi kita,semoga kita sentiasa menyokong ulamak dan mengambil ilmu yang bayak dan meluas dari mereka.Insyaallah



1-Dr Solah Abdul Fattah Al-Khalidi. Beliau pakar dalam bidang Tafsir, Sirah dan Ulum Quran. Kini, masih lagi menetap di Jordan.

Antara karyanya yang terkenal ialah Ma' Qasas al-Sabiqin fi al-Quran dan Khulafaa' al-Rasyidin Bainal Istikhlaf wal Istisyhad. Selain itu, Qabasat Tarikhiyyah, Mafatih li Taa’mul ma’ al-Quran, Suwarun min Jihaadissahabah, al-Qasas al-Qurani dan banyak lagi.






2- Syeikh Syuaib Al-Arnaut. Beliau menghabiskan masanya lebih dari empat puluh tahun berkhidmat dengan hadis dengan menyunting semula lebih dari manuskrip-manuskrip hadis dan sehingga lebih 200 jilid kitab dihasilkan.

Beliau bukan sekadar menyunting tetapi turut mentakrijkan hadits-hadis dan menyatakan taraf hadis tersebut. Antara karya besar yang disunting oleh beliau ialah Siyar A'lam al-Nubala lebih kurang 30 jilid, Musnad Ahmad 50 jilid, Sahih Ibnu Hibban Bi Sharh Ibn Libban 14 jilid dan lain-lain.

Antara hasrat beliau ialah untuk menghasilkan ensklopedia hadis-hadis sahih dan hasan dan berharap generasi yang akan datang akan menghuraikan enskopedia tersebut. Semoga Allah mempermudahkan.


3-Dr Umar Sulaiman Al-Asyqar. Beliau lulusan PhD Al-Azhar tahun 1980, Universiti Zarqa Ahalliah. Beliau pakar dalam bidang Fiqh, Usul Fiqh, Mu’amalat, Aqidah, Tafsir dan Fatwa Am. Terkenal di Jordan.

Antara karyanya ialah Silsilah Al-Aqidah fi Dhau'i Al-Kitab wa al-Sunnah, Kisah-kisah Sahih Dalam Al-Qur'an & As-Sunnah, Pengertian Dan Hakikat Ikhlas Kerana Allah, Al-Qiyamah Al-Kubra, Alam Jin dan Syaitan dan banyak lagi.

Thursday 10 January 2013

THE HASHIMITE KINGDOM OF JORDAN


TERIMA KASIH atas kesudian anda mengunjungi GALERI TERATAK DARUL RIYADH.
 Galeri ini hanya memaparkan keadaan luar negara apabila tiba musim sejuk.Saya memohon kemaafan diatas ke tidak puas hatian anda terhadap gambar yang di upload.

JORDAN










Friday 28 December 2012

BAB-Kelebihan Ilmu

Daripada Abdullah Bin Umar bin Asr sesunggungnya nabi muhammad S.A.W. telah bersabda:


Sampaikanlah daripadaku walaupun dengan satu ayat.dan sampaikanlah perkhabaran daripada kaum bani israel sesungguhnya padanya tiada kesulitan.dan barangsiapa berdusta keatasku atau perkara berkaitan aku secara dengan sengaja maka telah tersedialah tempatnya didalam neraka.


Faedah:
1) Jangan kita berdusta mengenai Rasullullah maka nerakalah tempatnya.

BAB-Kelebihan Berselawat Keatas Rasullah S.A.W.

Daripada Abdullah Bin Umar bin Asr.Bahawa beliau mendengar rasulullah S.A.W. Bersabda 

(barangsiapa berselawat keatasku dengan satu selawat maka ALLAH S.W.T. telah berselawat keatasnya dengan sepuluh kali selawat)  
                                                           Riwayat Muslim.

Faedah :
1) Boleh mengisi masa yang terluang dengan perkara-perkara yang berfaedah.

BAB - NIAT

Daripada Amirul Mukmimin Abi Hafs Umar Ibn Al-khattab Ibu Nufail Ibnu Abdul Uzza Ibnu Riyah Ibnu Abdullah Ibnu r.a...telah berkata


(Sesungguhnya setiap amalan adalah dengan niat dan setiap perkara bergantung dengan apa yang diniatkan,Barang siapa  yang berhijrah niat untuk Allah A.W.T dan rasul,dan barang siapa yang berhijrah dengan sebab dunia yang dikejarnya atau perempuan yang igin dinikahnya maka hijrahnya itu bergantung dengan niat penghijrahannya itu)

faedah:

1  setiap amalan itu tidak berlaku kecuali hanya dengan niat

Thursday 6 December 2012

Hukum Lelaki & Perempuan Memakai Inai


Salam kepada semua sahabat Darul Riyadh.. Terima kasih yer sebab sudi datang berkunjung ke teratak ini.. 

Di sini ana nak berkongsi dengan sahabat hukum lelaki dan perempuan memakai inai..


Berdasarkan pandangan dan pendapat ana kan.. orang lelaki berinai x cantik.. nampak macam tak kemas.. nampak macam tak bersih.. itu hanyalah pendapat ana sebagai seorang lelaki la.. 

Tetapi kenapa yer.. walaupun tak cantik.. x kemas.. x bersih.. ia tetap diambil menjadi budaya terutamanya bagi pengantin lelaki.. bukankah time tu semua nak bagi nampak cantik dan menarik,.pelikkan

HUKUM INAI

Inai bagi perempuan di bolehkan kerana tiada laragan dan wanita di zaman salaf berinai dan nabi swa tidah menegah malah menyuruhnya,.


Dari aisyah :
”Nabi melihat tangan di sebalik tirai dan berkata, apakah ini tangan lelaki atau perempuan, maka dikatakan itu tangan perempuan, maka Nabi pun bersabda,” jika kamu seorang perempuan, pasti kamu akan mengubah warna kuku kamu (dgn inai).” (Abu Daud, 4166) dan (an-Nasa’iy 5092)

Merujuk kepada Haji Mohd Yusof Abdul Ghani, Hakim Syarie, Mahkamah Tinggi Pahang berkata:”memakai inai tidak salah selagi ianya tidak dipakai untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah “. Walau bagaimanapun berinai dengan daun inai atau sebagainya, pada dua tangan dan kaki.

Bagi kaum lelaki hukumnya adalah haram.Diantara dalil yang mengharamkan lelaki berinai....hadis sahih yg diriwayatkan oleh imam Bukhari dan imam Muslim..

 “Daripada Anas dia berkata: “Bahawa Nabi saw melarang kaum lelaki memakai za’faran (kuma-kuma). (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).