Terima kasih kerana mengunjungi Darul Riyadh.Sekiranya terdapat kekurangan dari blog kami harap maaf...jgn lupa komen n follow tau.

Friday 22 February 2013

Ulamak Jordan

Senarai ulamak-ulamak jordan ini sebagai pengatahuan bagi kita,semoga kita sentiasa menyokong ulamak dan mengambil ilmu yang bayak dan meluas dari mereka.Insyaallah



1-Dr Solah Abdul Fattah Al-Khalidi. Beliau pakar dalam bidang Tafsir, Sirah dan Ulum Quran. Kini, masih lagi menetap di Jordan.

Antara karyanya yang terkenal ialah Ma' Qasas al-Sabiqin fi al-Quran dan Khulafaa' al-Rasyidin Bainal Istikhlaf wal Istisyhad. Selain itu, Qabasat Tarikhiyyah, Mafatih li Taa’mul ma’ al-Quran, Suwarun min Jihaadissahabah, al-Qasas al-Qurani dan banyak lagi.






2- Syeikh Syuaib Al-Arnaut. Beliau menghabiskan masanya lebih dari empat puluh tahun berkhidmat dengan hadis dengan menyunting semula lebih dari manuskrip-manuskrip hadis dan sehingga lebih 200 jilid kitab dihasilkan.

Beliau bukan sekadar menyunting tetapi turut mentakrijkan hadits-hadis dan menyatakan taraf hadis tersebut. Antara karya besar yang disunting oleh beliau ialah Siyar A'lam al-Nubala lebih kurang 30 jilid, Musnad Ahmad 50 jilid, Sahih Ibnu Hibban Bi Sharh Ibn Libban 14 jilid dan lain-lain.

Antara hasrat beliau ialah untuk menghasilkan ensklopedia hadis-hadis sahih dan hasan dan berharap generasi yang akan datang akan menghuraikan enskopedia tersebut. Semoga Allah mempermudahkan.


3-Dr Umar Sulaiman Al-Asyqar. Beliau lulusan PhD Al-Azhar tahun 1980, Universiti Zarqa Ahalliah. Beliau pakar dalam bidang Fiqh, Usul Fiqh, Mu’amalat, Aqidah, Tafsir dan Fatwa Am. Terkenal di Jordan.

Antara karyanya ialah Silsilah Al-Aqidah fi Dhau'i Al-Kitab wa al-Sunnah, Kisah-kisah Sahih Dalam Al-Qur'an & As-Sunnah, Pengertian Dan Hakikat Ikhlas Kerana Allah, Al-Qiyamah Al-Kubra, Alam Jin dan Syaitan dan banyak lagi.

No comments:

Post a Comment