Terima kasih kerana mengunjungi Darul Riyadh.Sekiranya terdapat kekurangan dari blog kami harap maaf...jgn lupa komen n follow tau.

Sunday 28 April 2013

Karya Sheikh Muhammad Idris Rauf Al-Marbawi


Ulamak besar yang tidak asing lagi bagi pelajar-pelajar agama yang sagat terkenal dengan karya beliau..Beliau sagat terkenal dengan karya kamus marbawi sehingga setakat ini masih diguna oleh pelajar-plajar untuk rujukan.Beliau ialah Sheikh Muhammad Idris Abdur Rauf al-Marbawi yang berasal dari kampong merbau,PerakDilahirkan pada tahun 1893 M di Mekah, dan tarikh kembalinya beliau ke rahmatullah  pada 10 Oktober 1989, dimakamkan di Kampung Lubuk Merbau, Perak pada usia 96 tahun.Dan telah diketahui ramai Tok Kenali kelantan antara Guru Sheikh Idris al-Marbawi..

Beliau juga ialah murid yang paling dipercayai oleh Sheikh Ahmad al-Fathani, sehinggakan tiada satu rahsia perjuangan Sheikh Ahmad al-Fathani yang tidak diketahui oleh beliau.


karya-karya Rauf Al-Marbawi

1-Qamus idris al-marbawi

 Qamus Idris al-Marbawi adalah judul sebenar dalam persuratan. Dalam percakapan umum dinamakan kamus Marbawi. Kamus ini bukan kamus Arab-Melayu yang pertama ditulis. Terdapat kamus lain ditulis sekitar tahun berhampirannya. Namun, kamus ini mendapat tempat tersendiri dalam bidang perkamusan.Paling luas penyebarannya sehigga seluruh dunia menerima qamus ini.seperti pelajar melayu di mesir,mekkah,jordan dan sebagainya

2-Bahrul Mazi

Karya Syeikh Idris al-Marbawi yang berupa hadis yang terkenal ialah Bahrul Mazi, judul lengkapnya Bahrul Mazi li Syarh Mutkhtasar Sahihit Tarmizi. Ia merupakan terjemahan kitab Sahih Tarmizi dan disyarah oleh beliau.

Terjemahan Sahih Tarmizi secara lengkap ini adalah merupakan yang pertama sekali dilaksanakan dalam bahasa Melayu.

Bahrul Mazi adalah karya besar yang terdiri daripada 22 jilid yang sudah diterbitkan.


3-Surah Yasin

KITAB Tafsir Surah Yasin karangan Imam Asy-Syaukani terjemahan bahasa Melayu oleh Sheikh Al-Marbawi atas permintaan percetakan Musthafa Al-Baby Al-Halabi Mesir tahun 1353H.





No comments:

Post a Comment